top of page
Asset 1_10x-8.png

Check-up Kehamilan

Wanita hamil perlu mendapatkan check-up secara berkala bagi memastikan keadaan beliau serta bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat yang optimum. Sekiranya anda terlepas mana-mana tarikh check-up di klinik kesihatan, anda boleh mendapatkan check-up kehamilan di Klinik Naura.

​

Check-up kehamilan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, ujian air kencing, pemeriksaan ke atas ibu dan scan ke atas bayi. Ujian darah hemoglobin atau full blood count (FBC) dilakukan secara berkala. Suntikan vaksin ATT (kancing gigi), ujian minum air gula (MGTT), pengambilan sampel keputihan (HVS C&S) dan lain-lain ujian darah yang diperlukan juga boleh didapatkan di sini.

​

Bagi ibu hamil yang cukup bulan dan mula mengalami kontraksi atau tanda awal bersalin, pemeriksaan VE iaitu check bukaan jalan boleh dilakukan di sini, dengan syarat sakit masih belum kuat dan air ketuban belum pecah.

Soalan lazim berkenaan Ujian Kehamilan

Ujian MGTT (modified glucose tolerance test) dilakukan bagi mengesan diabetes di kalangan ibu hamil. Buat masa sekarang, MGTT diwajibkan ke atas semua wanita hamil berusia 25 tahun dan ke atas atau yang mempunyai faktor risiko seperti obesiti, sejarah diabetes dalam keluarga, sejarah melahirkan bayi yang besar, sejarah melahirkan bayi cacat fizikal, sejarah keguguran berulang kali dan lain-lain lagi.

Suntikan ATT atau anti-tetanus toxoid diberi kepada semua wanita hamil ketika kandungan berusia sekitar 20 minggu. Ia menghalang risiko jangkitan bakteria Clostridium tetani yang boleh menjangkiti wanita melalui luka bersalin, dan menjangkiti bayi melalui tali pusat bayi yang telah dipotong. Kesan jangkitan tetanus adalah amat serius dan berisiko tinggi menyebabkan kematian.

Sebelum ujian MGTT dilakukan, anda perlu berpuasa selama 8 hingga 10 jam bermula pada sebelah malam. Keesokan paginya, sampel darah yang pertama akan diambil (fasting blood sugar-FBS). Sebaik selepas pengambilan darah yang pertama, anda akan diberi minuman segelas air glukos berperisa oren atau anggur, sejuk atau suam mengikut permintaan anda. Minuman ini perlu dihabiskan dalam masa kurang dari 10 minit. Anda kemudian perlu menunggu selama 2 jam sebelum pengambilan sampel darah yang ke-2 diambil (2-Hour Post Prandial-2HPP). Waktu 2 jam ini anda bebas untuk pulang ke rumah atau boleh memilih untuk menanti di klinik.

​

Keputusan ujian MGTT biasanya siap dalam beberapa hari, kurang dari seminggu. Bacaan gula yang normal ketika hamil ialah 5.0 dan ke bawah bagi bacaan fasting blood sugar dan 7.7 ke bawah bagi bacaan 2HPP.

Klinik Naura Dr Radhiya Razif

No. 31, Persiaran 1, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah.

​

Email: nauracaraent@gmail.com

Phone: +604-402 6141

Phone: +6019-4883440

Hours: Isnin-Jumaat 8:30AM - 9:30PM

Hours: Sabtu-Ahad 8:30AM - 1:30PM

Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Menu

Halaman Utama

Tentang Perkhidmatan

Testimoni

Hubungi

Services

Check-Up Kehamilan

Check-Up Kehamilan (2D/Detailed/5D)

Pap Smear

Buka Buku Mengandung Nauramom

Vaccine Kanak-Kanak Dan Dewasa

Rawatan Dan Jahit Luka Bersalin

Sunat Bayi Perempuan

Check up Bayi dan Imunisasi

bottom of page