top of page
Asset 1_10x-8.png

Buka Buku Mengandung Nauramom

NuaraMom-Book.jpg

Buku Buku Pink Nauramom

Tahniah buat anda yang telah disahkan hamil! Di Klinik Naura, buku pink atau buku rekod kesihatan ibu hamil boleh dibuat seawal 7 minggu kehamilan. Pada masa ini janin telah terbentuk dan denyutan jantung bayi telah dapat dilihat daripada scan.

​

Kenapa buka buku pink di Klinik Naura?

  • Masa temujanji yang lebih fleksibel

  • Masa menunggu yang lebih singkat

  • Scan dilakukan lebih kerap untuk memantau perkembangan bayi

  • Ujian darah hb (FBC) dilakukan di klinik dan keputusan diperoleh serta-merta

  • Checkup dilakukan oleh doktor wanita berpengalaman dalam bidang sakit puan

  • Tidak rumit perlu ke tempat-tempat berasingan bagi pemeriksaan. Temujanji doktor, scan, ujian darah, semuanya dibuat di tempat yang sama

  • Suami dibenarkan malah digalakkan turut serta semasa konsultasi doktor dan scan bayi

  • Buku pink Nauramom adalah lengkap dan diterima di mana-mana hospital/klinik kerajaan mahupun swasta

Kelebihan Eksklusif Untuk Nauramom

Nauramom adalah panggilan eksklusif yang kami doktor dan staf Klinik Naura panggil pada ibu-ibu hamil yang buka buku pink dan check-up kehamilan dengan kami.

Apa kelebihan dan penjimatan pada Nauramom?

  • Diskaun bagi ujian darah hb FBC, ujian air gula MGTT, NT scan, detailed scan dan scan 5D

  • Diskaun bagi vitamin prenatal mengandung iron, kalsium dan DHA

  • Dapat menyertai Telegram Channel Tertutup Nauramom Eksklusif

  • Diskaun 5% bagi checkup bulanan bayi dan imunisasi sehingga bayi berusia 18 bulan

klinik-naura-babycheck-up.webp

Process Buka Buku Pink

1

Understanding

Semasa lawatan kali pertama untuk buka pink, jururawat akan mengambil maklumat peribadi ibu, melakukan pemeriksaan yang merangkumi tekanan darah, berat badan, BMI, ujian darah lengkap pakej antenatal (kumpulan darah, FBC full blood count termasuk hb, hepatitis B, HIV, VDRL dan random blood sugar) serta ujian air kencing.

2

Record Checking

Doktor pula akan meneliti sejarah perubatan ibu dan sejarah kandungan lalu. Oleh itu, bagi ibu yang pernah melahirkan anak, anda diminta untuk membawa buku pink kandungan lalu semasa hari pembukaan buku pink Nauramom.

3

Arrangement

Waktu ini juga scan akan dilakukan bagi memastikan bayi sihat, menentukan saiz dan usia sebenar kandungan dan menetapkan tarikh jangka bersalin (EDD).

new-born-img-1.webp

Kekerapan Cekup Mengandung Nauramom

Bagi kehamilan normal yang tiada masalah tertentu yang memerlukan perhatian lebih, kekerapan checkup adalah seperti berikut:

  • Bawah 28 minggu - sebulan sekali

  • 28 hingga 36 minggu - 2 minggu sekali

  • 36 minggu ke atas - seminggu sekali

FAQS

Soalan Lazim Tentang Nauramom

Ya, puan boleh bersalin di hospital kerajaan tanpa masalah, kerana pemeriksaan dan ujian yang dilakukan di Klinik Naura adalah lengkap dan mengikuti prosedur standard seperti di klinik kesihatan kerajaan. Ramai pesakit kami yang telah bersalin di Hospital Kulim dan hospital-hospital kerajaan lain tanpa masalah.

Secara amnya, sekiranya puan membuat keputusan untuk check-up sepenuhnya di Klinik Naura, puan tidak perlu membuka buku di klinik kerajaan dalam masa yang sama. Tetapi, setelah bersalin puan wajib memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa buku pink Klinik Naura dan meneruskan pemeriksaan postnatal ibu dan bayi di sana.

Selepas bersalin, puan perlu memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa surat dari hospital selepas discaj dari wad, dan buku mengandung. Buat masa sekarang, Klinik Naura tidak menyediakan pemeriksaan kuning bayi dan lawatan susulan berkala sepanjang berpantang. Namun puan boleh dapatkan pemeriksaan doktor bagi masalah-masalah seperti berkaitan luka bersalin, bengkak susu, dan apa-apa masalah pada bayi.

Ujian MGTT atau glucose tolerance test, adalah ujian di mana badan ibu akan di’challenge’ dengan minum bergula yang mengandungi 75g glucos. Tujuannya adalah untuk mengesan ibu yang mengalami kesukaran menurunkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Keadaan ini kebanyakannya disebabkan pengaruh perubahan hormon semasa hamil. Mengikut ‘guideline’ daripada KKM, ujian ini mesti dilakukan kepada semua golongan ibu yang berisiko.

Klinik Naura Dr Radhiya Razif

No. 31, Persiaran 1, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah.

​

Email: nauracaraent@gmail.com

Phone: +604-402 6141

Phone: +6019-4883440

Hours: Isnin-Jumaat 8:30AM - 9:30PM

Hours: Sabtu-Ahad 8:30AM - 1:30PM

Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Menu

Halaman Utama

Tentang Perkhidmatan

Testimoni

Hubungi

Services

Check-Up Kehamilan

Check-Up Kehamilan (2D/Detailed/5D)

Pap Smear

Buka Buku Mengandung Nauramom

Vaccine Kanak-Kanak Dan Dewasa

Rawatan Dan Jahit Luka Bersalin

Sunat Bayi Perempuan

Check up Bayi dan Imunisasi

bottom of page